CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, February 19, 2008

Kumpulan tarikh lahir






Kumpulan 1
1hb, 10hb, 19hb, 28hb

Sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin dan berterus terang
Cemburu dalam pertandingan, baik hati, peramah dan bersikap menguasai
Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan
Seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tak pernah berada di bawah pimpinan org lain
Bercinta dalam usia yang muda dan berkahwin pada usia yang matang
Tidak suka pada orang yang bertentangan pendapat dengan anda
Menyimpan dendam pada orang yang bersalah pada anda
Kuat berbelanja
Anda adalah profesional dalam kerjaya yang diceburi namun ada pihak yang berkecil hati dengan pencapaian anda
Mempunyai keluarga yang bahagia


Kumpulan 2
2hb, 11hb, 20hb, 29hb

Anda disukai oleh orang ramai
Kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri jadi anda perlu membuat perubahan ke atas hidup
Seorang yang sukar diramal kerana membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan
Pentingkan diri sendiri tetap mempunyai bakat dalam melukis, seni dan komunikasi lisan
Bersikap seperti bulan yang mendatang keredupan dan pudar, menjadikan semua orang boleh mengetahui perubahan anda
Cinta pada keamanan
Bertanggungjawab dalam keluarga


Kumpulan 3
3hb, 12hb, 21hb, 30hb

Seorang yang berhati keras dan pentingkan diri sendiri, kuat agama, suka mempertingkatkan kehidupan sendiri
Pandai bercakap, wajah yang menarik
Mempunyai pelbagai masalah tapi dapat mengharungi dengan kesabaran
Perlu bekerja keras untuk mencapai kejayaan
Menghormati orang yang lebih tua
Sukar untuk menjalinkan hubungan samada dalam percintaan, kekeluargaan dan persahabatan
Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan
Suka kebebasan, pembawa harapan, kegembiraan dan keceriaan


Kumpulan 4
4hb, 13hb, 22hb, 31hb

Amat degil dan rajin
Mungkin orang lain akan menjauhkan diri kerana kata-kata anda
Seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain
Berbakat dalam penyelidikan dan seni
Suka membantu ahli keluarga dan rakan-rakan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang
Harus berhati-hati dengan orang sekeliling kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda
Kawan-kawan akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan menjauhkan diri apabila anda sudah tiada nilai bagi mereka
Seorang yang sabar dan tegas


Kumpulan 5
5hb, 14hb, 23hb

Sangat popular dalam komuniti
Boleh menyelesaikan sesuatu perkara secara lisan
Mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan namun terlalu terburu-buru
Seorang yang kelakar
Tidak setia dalam hubungan percintaan
Suka perubahan dan kebebasan
Mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata
Mempelajari hidup melalui pengalaman


Kumpulan 6
6hb, 15hb, 24hb

Dilahirkan untuk menikmati hidup
Tidak peduli apa-apa perkara tetap ingin berseronok dalam hidup
Sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan
Bijak, baik hati dan mempunyai paras rupa yang menarik
Semua benda yang baik akan datang kepada anda
Mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan
Seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam


Kumpulan 7
7hb, 16hb, 25hb

Mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja
Seorang yang realistik dan yakin
Seorang yang yang lebih cenderung dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian
Panas baran
Banyak berkorban untuk keluarga dan meletakkan keluarga di tahap yang tinggi hingga kadang-kadang mengabaikan kebahagiaan diri sendiri
Dilahirkan untuk memberi sumbangan pada dunia ini


Kumpulan 8
8hb, 17hb, 26hb

Personaliti yang sangat kuat dan menarik
Kepakaran anda hanyalah menunding jari pada sesuatu benda
Mengalami pelbagai dugaan dalam hidup tapi ini menjadikan anda lebih kuat dan tabah
Memperjuangkan keadilan
Kebanyakkan masa dihabiskan dengan kawan-kawan
Berdisiplin dan tidak putus-asa serta berani
Seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus


Kumpulan 9
9hb. 18hb, 27hb

Sangat tabah dari segi mental dan fizikal
Mempunyai penilaian yang sangat tajam
Seorang yang dihormati dalam komuniti
Seorang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang dilakukan
Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu-bapa tapi apabila usia meningkat anda seorang anak yang taat dan menghormati orang tua
Sesuai menceburi bidang kejuruteraan dan “banking” kerana orang lain yakin dan percaya pada anda
Model teladan pada orang lain

0 comments: